Rabu, 07 November 2012

Siksaaan Bagi Orang yang Meninggalkan Salat

       sholat merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima, oleh itu sholat lima waktu merupakan kewajipan yang di fardhukan ke atas seluruh umat islam yang muqollaf tanpa sebarang alasan,
sholat lima waktu wajib dilaksanakan dimana-mana sahaja apabila masuk waktunya.




maksud sabda rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam:


sholat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnya dia telah menegakkan agamanya, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah merobohkan agamanya.”


sabda rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, lagi yang bermaksud :


tiada perbezaan antara muslim dengan kafir melainkan dengan meninggalkan sholat. apabila seseorang itu meninggalkan sholatnya dengan mengingkari kawajipan ke atasnya, maka dia adalah kafir.”


       istimewanya sholat ini ialah kerana rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, menerima kefarduannya bukan menerusi wahyu ilaahi. akan tetapi secara terus daripada allaah subhanahu wata`ala, ketika peristiwa mi`raj, rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam di bawa ke langit, iaitu pada malam 27 rejab setahun sebelum hijrah.


       rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, telah memperingatkan kita agar melaksanakan sholat kerana dengan mengerjakan sholat itu, maka seseorang itu akan beroleh keberkatan dan rohmat di dalam hidup mereka, akan tetapi hendaklah sholat yang dilakukan itu dengan penuh kekhusyukkan dan ikhlas agar kita terhindar dari sholat yang boleh mencelakakan kita,


sebagaimana firman allah subhaanahu wata`ala dalam surah al-mau’un yang bermaksud:


"maka kecelakaan besar bagi orang yang sholat (yaitu) orang yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sholatnya..  juga bagi orang yang berkeadaan riya`(menunjuk-nunjuk dalam ibadah dan bawaannya) dan orang yang tidak memberi walau sedikit pun pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatkan pertolongannya)"

(surah al-ma`un: 4-7)

       beberapa siksaan yang akan diterima oleh mereka yang meninggalkan sholat dengan sengaja, sebagaimana maksud sabda rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, yang berbunyi :


       barangsiapa yang meringan-ringankan sholat lima waktu yang difardukan, serta melalaikannya, maka akan disiksa dan diazabkan oleh allaah subhaanahu wata `la dengan 15 bentuk siksaan.


6 siksaan yang diterima ketika di dunia,

3 ketika hampir ajalnya,
3 seksaan ketika di dalam kubur dan
3 lagi ketika mengadap allah s.w.t ketika hari kebangkitan nanti.


siksaan semasa di dunia


para sahabat bertanyakan kepada baginda, apakah siksaan yang didapatinya (orang yang meninggalkan sholat) semasa di dunia ya rosuulullaa ?


jawab nabi shollallaahu a`laihi wasallam:


1. hilang berkat umurnya.... (hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).


2. hilang keberkatan rezekinya... (rezekinya terbuang kepada yang sia-sia belaka.., walaupun ia kaya raya.. akan tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.)


3. dihilangkan allah subhaanahu wata`ala, baginya tanda orang yang sholeh di mukanya...


4. tidak di akui ia termasuk golongan islam... (ia termasuk kepada golongan munafiq.., zhohirnya sahaja islam.. namun batinnya munafiq).


5. segala amal baik yang dikerjakannya (sedekahnya dan lain-lain) tidak memperolehi pahala....


6. doanya tertolak...

       menurut yang diriwayatkan daripada ibnu abbas r.a, katanya telah mendengar rosuulullaah shollallaahu a`laihi wasallam bersabda:

“bermula orang yang meninggalkan sholat itu, ia adalah dari golongan islam.., allaah subhaanahu wata`ala, tidak menerima tauhid dan imannya.. dan tidak ada faedah sedekah..,puasa.. dan syahadatnya....”


siksaan semasa sakrotul maut


       kemudian bertanya lagi para sahabat,’ya rosuulullaah.., apa pula siksaan yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya ?”

jawab rasulullah shollallaahu a`laihi wasallam::

1. adalah matinya dalam kehinaan (yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).


2. matinya dalam kelaparan (maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang tersedia,tidak,,,, makanan ada.., akan tetapi nafsu makannya sudah tiada lagi..., namun perut terasa lapar, tetapi tidak dapat memakan sesuatupun... kerana betapa sakitnya sewaktu ruhnya akan di rentap keluar).


3. matinya juga dalam dahaga, walaupun sekiranya di berikan minuman air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun, tidak akan dapat menghilangkan kedahagaannya... kerana sakit yang di tanggungannya sewaktu sakrotul maut itu...


       ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sholatnya itu, akan allaah subhaanahu wata`ala, perintahkan seekor ular besar. ”suja’ul akra” namanya. mata ular itu dari api, sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain. suja’ul akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya: “aku disuruh tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu subuh sehingga waktu zuhur,kemudian dari zuhur ke asar,dari asar ke maghrib,dari maghrib ke isya’ dan dari waktu isya’ hingga sampai ke subuh” lalu “suja’ul akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu, lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke kiamat kelak (naudzu billahi min dzalik). ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksaan di kubur itu.



adapun siksaan ketika bertemu dengan tuhannya di hari kiamat kelak,


1, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang. rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sholat itu.. seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya...

dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:
“inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sholat yang difardhukan".

kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke neraka jahanam yang bernama “saqar”.


2, keluar dari siksanya kelak, tidaklah allaah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sholatnya itu, siksa dan azab yang hebat dan pedih.


3, sewaktu di hari kebangkitan, allaah subhaanahu wata`ala tidak menaruh rohmat serta belas kasihan kepadanya....


nisbah dosa bagi orang yang meninggalkan sholat setiap waktu,


subuh : ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.


zuhur : dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang islam.


asar : dosanya seperti ia meruntuhkan ka`abah.


maghrib : dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).


isya : allaah tidak redho ia hidup di bumi allaah ini dan digesa agar mencari bumi lain.


kisah pengajaran orang yang meninggalkan sholat


satu cerita yang terjadi di zaman khalifah abu bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya tersiksa, adalah kerana meninggalkan sholat...


ada seorang penduduk di zaman khalifah abu bakar meninggal dunia. setelah dimandikan dan dikafankan, dan telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak ditunggukan bagi untuk sholat pada si mayat tersebut. apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sholat pada si mayat itu,

tiba-tiba !!!!!! kain kafan si mayat itu kelihatan bergerak-gerak, sehingga mereka yang berada di samping mayat itu menjadi takjub dan kehairanan melihatnya.
mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya-tanya, dan mereka semua menyangka bahawa si mayat itu hidup kembali.

lantas salah seorang daripada mereka yang ada di situ, maju ke hadapan, dan cuba mengurai ikatan kafan si mayat tersebut, sambil sekalian yang lainnya juga sama-sama mendekati jenazah tersebut. alangkah terperanjatnya mereka apabila kain kafan si mayat setelah terbuka, dilihatnya sekalin yang hadir, mayat masih tetap mayat, hanya dalam kafan yang menyelubungi tubuh mayat tersebut terdapt seekor ular, seraya menggigit seluruh tubuh si mayat itu,. serentak mereka yang hadir di situ menyuruh merngambil kayu untuk memukul ular tersebut,


namun, belum pun sempat mereka mendapatkan kayu itu, sang ular lantas berkata dengan fasihnya, “asyhadu allaa ilaaha illallaah, wa-asyhadu anna muhammadar rosuulullaah".


apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku (kata si ular). aku tidak bersalah dan menyakiti kamu ? aku hanya menjalankan perintah allaah menyiksa mayat ini. aku disuruh menggigitnya dan menyiksanya hingga ke hari kiamat kelak.”


orang ramai berasa hairan lalu bertanya “apakah sebabnya maka engkau disuruh menyiksa mayat saudara kami ini ? dan apakah dosa dan kesalahan si mayat ini?”


jawab ular itu: “mayat ini ketika hayatnya, hanya berbuat 3 macam kesalahan, yang menyebabkannya disiksa.”


“1. dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan sholat dengan berjemaah.


2. ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.


3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama. maka oleh itulah ianya disiksa sedemikian rupa.”


maka dari itu kita semua dapat memahami kenapakah orang yang meninggalkan sholat itu rosuulullaahi shollallaahu a`laihi wasallam, katakan sebagai orang yang meruntuhkan agamanya sendiri !!!


demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu. harapnya menjadi perhatian kita hendaknya. barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita , di teliti bagaimana hebat penderitaan siksanya...


wallaahua`lam...bisshowab...yang baik semuanya untuk allaah... dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari sifat kelemahan saya sendiri sebagai makhluk-nya.... hanya kepada-nyalah akan saya memohon keampunan dengan sepenuhnya.. insya allaah... aamiin...

4 komentar:

  1. Allhamdlillahh..
    post in yang lebih lagi gan..
    Bagus banget artikelnya..

    BalasHapus
    Balasan
    1. iya gan, ntar saya post lagi dah

      Hapus
    2. nih gan..
      http://draftislami.blogspot.com/2012/11/hikmah-shalat-subuh.html

      Hapus
  2. Siipp dahh pokokknya..
    Update teruss buat Umat ya gan..

    BalasHapus